Elly Mazlein masuk hospital buat MRI
Elly Mazlein masuk hospital buat MRI
Najiy Jefri

 

Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein kini menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta, di sini untuk menjalani ujian Pengimejan Resonans Magnetic (MRI) bagi mengetahui dengan lebih jelas tahap kesihatannya ketika ini. 

Elly yang sarat hamil enam bulan berkata, dia mempunyai masalah pada bahagian belakang badan namun, memaklumkan bayi yang dikandungnya berada dalam keadaan baik. 

"Untuk kesayangan semua, kakak Lina (Elly) sihat, cuma Kak Lina ada masalah bahagian belakang. Alhamdulillah sekarang sudah boleh gerakkan badan. 

"Sekejap lagi buat MRI. Tadi buat pemeriksaan bayi Megat, alhamdullah baby sihat (enam bulan)," tulisnya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram sebentar tadi.

Dalam pada itu, Elly  turut meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan buat rakannya iaitu penyanyi, Siti Sarah yang masih berada di unit rawatan rapi (ICU). 

"Malam ini ada bacaan Yaasin dan doa buat Sarah serta semua yang terkesan akibat Covid-19 melalui Zoom Meeting, sama-sama berdoa ya kesayangan.

"Sarah, Jan (Elly) doa dari hospital ya, tak dapat nak sertai. Jan sentiasa ingat Tasya (panggilan buat Sarah), love you Tasya.

"Teruskan doa buat Sarah ya, terima kasih semua," tulisnya lagi.

Elly Mazlein.
Elly Mazlein.

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Ogos 2021 @ 6:15 PM