S KUMAAHRAN (kanan).
S KUMAAHRAN (kanan).
Oleh Aziman Rosdi


Kuala Lumpur: Penyerang muda S Kumaahran bersedia merebut peluang dalam skuad Harimau Malaya selepas menarik perhatian jurulatih Dollah Salleh.

Walaupun pernah menyertai sesi pemilihan skuad remaja kelab Brazil Cruzeiro ketika berusia 16 tahun pada 2012, penampilannya membantu skuad bawah 22 tahun negara (B-22) menjuarai Piala Emas Bangabandhu di Bangladesh baru-baru ini cukup menarik.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu yang kini bersama Harimau Muda B melahirkan rasa terkejut dan bangga apabila namanya dikaitkan bersama skuad kebangsaan pada sesi latihan pusat selepas ini.

“Bila saya dapat tahu memang terkejut, tak sangka jurulatih Dollah (Salleh) mahu memberi peluang kepada saya bersama skuad kebangsaan. Jika diberikan peluang memang saya mahu menimba pengalaman bermain dengan pemain senior dan cuba melakukan yang terbaik,” katanya.

Kumaahran, 19, meledak dua gol dalam kejohanan Piala Bangabandhu termasuk satu gol ketika skuad kendalian Razip menewaskan pasukan tuan rumah 3-2 pada aksi final.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Februari 2015 @ 5:28 AM