STATUS Dollah (kiri), Kim Swee (tengah) dan Razip bakal ditentukan hari ini.
STATUS Dollah (kiri), Kim Swee (tengah) dan Razip bakal ditentukan hari ini.
Oleh Aziman Rosdi

Kuala Lumpur: Rombak atau kekal? Itu persoalan mengenai barisan kejurulatihan negara termasuk kedudukan ketua jurulatih Dollah Salleh yang hanya diketahui selepas selesai mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini.

Mesyuarat Exco kali kelima bagi sesi 2014-2018 itu akan dipengerusikan Presiden Tengku Abdulah Sultan Ahmad Shah yang akan turut menilai prestasi dua lagi jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee (Harimau Muda A) dan Razip Ismail (Harimau Muda B).

Melihat kepada prestasi skuad Harimau Malaya ketika ini, memang tidak pelik apabila ada desakan daripada peminat tempatan yang mahukan tempat Dollah digantikan jurulatih lain.

Malah pihak atasan FAM sendiri mengakui kecewa dengan rekod tahun ini apabila skuad negara tewas 0-6 kepada Oman dalam aksi persahabatan serta seri 1-1 dengan Timor Leste dan dibelasah Palestin 0-6 pada kempen kelayakan Kumpulan A Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 bulan lalu.

Sudah pasti Tengku Abdullah dan barisan EXCO perlu bijak kerana apa saja keputusan bakal mempertaruhkan nasib skuad negara dalam merealisasikan misi FAM untuk layak ke Piala Asia 2019.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2015 @ 5:33 AM