Lizam Ridzuan


TARIKH 6 Mei pasti ditunggu pemilik Ducati (Ducatisti) seluruh dunia kerana pada tarikh berkenaan, diadakan acara 'We Ride As One'.

Pada tarikh ini pelbagai aktiviti tunggangan diadakan di setiap negara, malah ia turut membabitkan sembilan lokasi di Malaysia.

Lebih 350 pemilik Ducati meraikan acara ini dengan berkonvoi.

Konvoi bermula di ruang pameran Ducati di Petaling Jaya, Sungai Buloh dan Kuala Lumpur sebelum ke Tapak, Kuala Lumpur.

Tapak dijadikan lokasi untuk bersarapan sebelum We Ride As One dimulakan secara rasmi.

Ketika itulah deruman Hypermotard, Streetfighter, Multistrada, Monster, Scrambler dan DesertX 'membingitkan' Kuala Lumpur.

Pemilik Ducati menunggang bersama mengelilingi persiaran Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

LEBIH 350 Ducatisti menyertai acara ini di seluruh negara.
LEBIH 350 Ducatisti menyertai acara ini di seluruh negara.

Diiring dan dikawal oleh Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM), semua penunggang memberi kerjasama baik dan mematuhi arahan lalu lintas ketika acara berlangsung.

Malah, sebelum memulakan tunggangan, setiap penunggang dan motosikal diperiksa lesen, cukai jalan, cermin sisi dan nombor pendaftaran bagi memastikan kelancaran acara.

Selepas dua pusingan, peserta berhenti bergambar dengan berlatar belakangkan KLCC sebelum masing-masing beredar ke destinasi masing-masing.

Bagi cawangan di Pulau Pinang, 200 peserta berkonvoi ke Batu Gajah, Perak.

MENUNGGANG di sekitar Persiaran KLCC.
MENUNGGANG di sekitar Persiaran KLCC.

Ducatisti di Terengganu serta Kelantan melakukan aktiviti sendiri di Pantai Timur malah di Ipoh, Perak, acara ini turut mendapat sambutan hangat.

We Ride As One ini adalah anjuran Ducati Malaysia dengan kerjasama Kelab Pemilik Ducati Malaysia (DOCM).

Ia edisi kedua hasil cetusan format daripada konsep World Ducati Week 2022.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mei 2023 @ 6:17 AM
ACARA We Ride As One di Malaysia.
ACARA We Ride As One di Malaysia.