Oleh Muhammad Apendy Issahak


Ipoh: Jumlah mangsa banjir di Perak kini hanya tinggal 158 orang membabitkan 50 keluarga yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sehingga 4 petang hari ini.

Kawasan yang masih terjejas banjir adalah Hilir Perak membabitkan 85 mangsa daripada 23 keluarga, Hulu Perak 34 mangsa daripada 10 keluarga dan Perak Tengah babitkan 39 mangsa daripada 17 keluarga.

Sementara itu, kesemua 19 sekolah di negeri ini yang ditutup akibat banjir dan dijadikan pusat pemindahan sudah boleh memulakan sesi persekolahan bermula esok.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 January 2015 @ 7:32 PM