Jalaluddin Alias
Jalaluddin Alias
Mohd Amin Jalil


Seremban: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Sembilan mengeluarkan 1,088 permit sembelihan ternakan luar dan Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) sempena Aidiladha, esok.

EXCO Kanan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi serta Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, ia membabitkan 2,233 ekor lembu, 488 ekor kambing dan kambing bebiri serta 56 ekor kerbau.

Katanya, jumlah itu membabitkan Seremban, Jelebu, Kuala Pilah, Port Dickson, Rembau, Jempol dan Tampin.

"Lembu adalah haiwan ternakan tertinggi yang menjadi pilihan ibadat korban di negeri ini, mencecah 80 peratus daripada keseluruhan haiwan korban.

"Premis dibenarkan antaranya rumah sembelihan milik JPV, rumah sembelihan swasta yang dilesenkan, masjid, surau serta kandang atau tempat yang mempunyai kemudahan sembelihan haiwan," katanya pada kenyataan, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Jun 2024 @ 12:00 PM