PATRICE Benjamin Ramgoolam mempunyai citarasa pelik kerana gemar makan simen, pasir dan batu bata. FOTO Agensi
PATRICE Benjamin Ramgoolam mempunyai citarasa pelik kerana gemar makan simen, pasir dan batu bata. FOTO Agensi
Agensi

London: Seorang wanita warga Britain berusia 39 tahun memiliki citarasa luar biasa kerana ketagih makan simen, pasir dan batu bata, hingga mengejutkan pasangannya.

India Times melaporkan, Patrice Benjamin Ramgoolam gemarkan rasa pelik objek itu dan akan merenung dinding rumah kemudian memecahkan plaster untuk memakan barang di dalamnya.

Suami kepada Patrice Benjamin Ramgoolam turut terkejut apabila mendapati ketagihan isterinya yang dikenali sejak di bangku sekolah sebelum mereka berkahwin.

Ia kerana Patrice pada awalnya merahsiakan tabiat dan ketagihannya itu daripada pasangannya.

Apabila mengetahui tentang ketagihan itu, suaminya meminta Patrice berhenti, bagaimanapun, dia tidak dapat menghentikan tabiat itu.

Menurutnya, makan batu bata, simen, dan plaster membuatkan dia gembira walaupun sedar ketagihannya itu boleh merosakkan kesihatannya.

Doktor menyifatkan bentuk ketagihan itu sebagai Pica yang mana individu terbabit ada kecenderungan makan objek bukan makanan.

Doktor Patrice menasihatkannya untuk berhenti makan simen atau batu bata dan juga mengesyorkan pengambilan ubat ketagihan.

Bagaimanapun, Patrice meneruskan tabiat dan ketagihannya walaupun tahu kesan tabiat itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Jun 2024 @ 12:14 PM