FOTO EPA
FOTO EPA

Jakarta : Pasukan penyelam mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 hari ini menemui kotak hitam milik pesawat berkenaan yang terhempas dekat Laut Jawa, kata Kementerian Pengangkutan Indonesia.

Bagaimanapun, mereka masih gagal untuk mengeluarkan kotak hitam itu kerana ia tersekat di bawah serpihan bahagian utama pesawat berkenaan.

"Penyelamat tentera laut di wilayah Jadayat berjaya menemui peralatan yang amat penting itu iaitu kotak hitam pesawat AirAsia Indonesia QZ8501," kata Pegawai Kanan kementerian itu, Tonny Budiono. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 January 2015 @ 10:31 PM