CYRUS memperagakan 'Onesie' bercorak piza.
CYRUS memperagakan 'Onesie' bercorak piza.
Susunan Oleh Michelle Gun


Pengikut laman sosial selebriti kontroversi Miley Cyrus tentu sudah biasa dengan perwatakan pelik penyanyi itu.

Selain obses dengan pelangi, Unicorn dan krafta­ngan, pelakon Hannah Montana itu juga taasub dengan piza.

Minatnya terhadap makanan itu dapat dilihat dalam akaun Instagram miliknya yang dipenuhi dengan pelbagai gambar pelik dirinya dengan piza.

Selain Cyrus, kekasihnya Patrick yang juga anak pelakon hebat Arnold Schwarzenegger dikatakan turut menggemari makanan itu.

Baru-baru ini, penya­nyi Wrecking Ball itu memuat naik gambar memaparkan selimut bercorak piza di Instagram.

Selimut itu kelihatan seperti piza betul yang disaluti keju, sos, pepperoni dan minyak. Cyrus turut meletakkan kapsyen mengatakan gambar itu bukan palsu.

Beberapa hari sebelum itu, teman lelaki Cyrus menghadiahkannya pakaian 'Onesie' bercorak piza pepperoni.

Pakaian pelik itu bukan sahaja diminati Cyrus, tetapi juga penyanyi popular Katy Perry dan model Cara Delevigne.

Dalam perkembangan lain, hubungan Cyrus dan Patrick dikatakan tidak disenangi ibu Patrick, Maria Shriver.

Berikutan itu, ibu Patrick mengugut akan menyekat dana bernilai RM174.8 juta sekiranya anaknya masih menjalin hubungan dengan Cyrus.

Bagaimanapun, sumber mendedahkan Patrick lebih rela melepaskan kekayaannya dan memilih untuk terus bersama penyanyi itu.

Menurut sumber itu, keputusan Patrick membuat­kan ibu bapanya kecewa kerana bimbang Cyrus akan mempengaruhi anak mereka.

"Maria bimbang Cyrus akan mengecewakan Patrick, seterusnya membuat­kan lelaki itu memilih jalan salah. Dia tidak mahu Patrick melalui situasi sama seperti yang pernah dilaluinya," katanya.

Walaupun pasangan itu mendapat tentangan daripada Shriver, Schwarzenegger dikatakan merestui hubungan anaknya dengan Cyrus.

Pasangan kekasih itu menyambut tahun baru dengan menghadiri konsert Britney Spears di Planet Hollywood Resort & Casino di Las Vegas.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 January 2015 @ 5:02 AM