MASING-MASING seronok disajikan piza enak untuk berbuka puasa.
MASING-MASING seronok disajikan piza enak untuk berbuka puasa.

Untuk menyemarakkan semangat Ramadan, Domino’s Pizza menganjurkan majlis berbuka puasa untuk 70 tetamu istimewa dari Rumah Perlindungan Al-Nasuhah dan 50 guru dari Program Domino’s Sokong Sekolah (DSSP).

DSSP adalah satu daripada program tanggungjawab sosial korporat Domino’s dan juga platform komprehensif yang dirangka untuk menyokong sistem pendidikan Malaysia.

Menurut Pengurus Besar, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree, majlis berbuka itu adalah cara syarikat berkenaan membawa kepada masyarakat kurang bernasib baik dan juga untuk melancarkan promosi Ramadan Domino’s Delicous Deals.

“Berdasarkan senyuman yang terukir di wajah kanak-kanak itu, saya pasti mereka seronok menikmati juadah berbuka puasa kami. Kami juga menjemput guru yang menyertai Program Sekolah Sokongan Domino’s sebagai tanda penghargaan ke atas dedikasi dan kesungguhan mereka mendidik generasi masa depan negara kita,” katanya.

Promosi Domino’s Delicous Deals ini bukan saja enak untuk berbuka puasa, tetapi juga sesuai dijadikan hidangan sahur. Sama ada berbuka puasa sendirian atau bersama mereka tersayang, Domino’s memastikan pelanggan dapat menikmati pelbagai pilihan sajian makanan dengan diskaun hebat.

Shamsul berkata, tawaran Ramadan Domino’s memenuhi keperluan pelanggan sepanjang Ramadan. Ini termasuk makanan untuk sahur seperti ‘Late Night Buy 1 Free 1’ dan ‘2 Pizza Deals’ yang menawarkan nilai hebat.

“Ramai yang mengambil mengambil kesempatan pada Ramadan untuk makan bersama keluarga dan rakan. Oleh itu, kami menyediakan Ramadan Combo Feast yang menarik untuk dinikmati beramai-ramai,” katanya.

Pelanggan digalakkan membuat pesanan terlebih dulu menerusi kemudahan atas talian yang boleh dibuat dibuat tujuh hari lebih awal dengan pelbagai kaedah pembayaran daripada tunai, kad debit Domino’s dan juga kad kredit.

Domino’s menawarkan diskaun 50 peratus ke atas piza terpilih untuk makan di restoran atau bawa pulang. Promosi ini meliputi piza yang sentiasa menjadi kegemaran ramai seperti Aloha Chicken, Beef Pepperoni, Chicken Pepperoni, Classified Chicken dan Plain Cheese.

Selain mendapatkan tawaran nilai wang menerusi promosi seperti membeli dua piza saiz biasa pada harga serendah RM7.90 setiap seorang, pelang­gan boleh menikmati manisan pencuci mulut pada harga RM5.50 setiap satu.

Tawaran ‘Late Night Buy 1 Free 1’ Domino’s yang bermula dari jam 9 malam hingga 11 malam pula sesuai dijadikan sajian pembuka selera ketika sahur dengan penjimatan sehingga RM45.80. Malah Domino’s juga memberikan petua cara cepat dan mudah untuk memanaskan semula piza.

Ramadan Combo Feast merangkumi dua piza saiz biasa, satu breadstix, sebotol 1.5L Teh Ais Lipton dan satu Crazy Chicken Crunchies. Pelanggan juga boleh menikmati ‘2 Pizza Deals’ yang menawarkan penjimatan sehingga RM20.10. Untuk hidangan Sweet Sides, pelanggan boleh mencuba Chocolate Lava Cake, Caramel Sticky Dessert, Banana Kaya Dessert dan Cinnastix dengan penjimatan sehingga RM4.50.

Tawaran Domino’s Delicious Deals untuk Ramadan bermula pada 18 Jun 2015 dan boleh didapati untuk tempoh terhad. Untuk keterangan lanjut, sila ke laman http://www.dominos.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2015 @ 5:02 AM