LINKIN Park berkarya tanpa mengenal genre. FOTO Warner Music Malaysia
LINKIN Park berkarya tanpa mengenal genre. FOTO Warner Music Malaysia
Georgie Joseph


Fenomena yang dicetuskan band nu metal Linkin Park menerusi album sulung mereka, Hybrid Theory pada 2000 masih segar dalam ingatan peminat tegar mereka.

Lagu seperti Crawling, In The End, Papercut, One Step Closer dan Points of Authority meletakkan nama band dianggotai Chester Bennington (penyanyi), Mike Shinoda (penyanyi, gitar, synthesizer, keyboard, piano), Brad Delson (gitar, penyanyi), Dave Farrell (bass, penyanyi), Rob Bourdon (dram) dan Joe Hahn (programming, turntables, sampel, penyanyi) meletakkan band ini di puncak dunia.

Hakikatnya, hampir semua lagu dalam album itu menjadi hit.

Album mereka selepas itu seperti Meteora, Minutes to Midnight, A Thousand Suns, Living Things dan terakhir pada 2014 iaitu The Hunting Party sentiasa menyaksikan peralihan muzik yang agak ketara.

Kini dengan album ketujuh mereka iaitu One More Light, muzik Linkin Park jelas makin drastik transisinya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Mei 2017 @ 5:57 AM