REKAAN eksklusif pakaian kanak-kanak guna 100 peratus kain kapas.
REKAAN eksklusif pakaian kanak-kanak guna 100 peratus kain kapas.
REKAAN eksklusif pakaian kanak-kanak guna 100 peratus kain kapas.
REKAAN eksklusif pakaian kanak-kanak guna 100 peratus kain kapas.
Yusliza Yakimir Abd Talib


Kedatangan Syawal pasti dinantikan setiap umat Islam di negara ini lebih-lebih lagi kanak-kanak. Ibu bapa juga tidak ketinggalan membuat persiapan untuk anak mereka dan baju raya antara agenda utama yang sering dititikberatkan.

Ada yang sudah menempah pakaian sejak awal dan tidak kurang juga yang gemar membuat persiapan pada saat akhir. Itu tidak menjadi masalah kerana terdapat pelbagai pilihan yang disediakan bukan saja di butik atau pasar raya malah pembelian dalam talian turut menjadi pilihan.

Butik pakaian kanak-kanak, Textilisbaby turut menawarkan koleksi lebaran untuk digayakan si comel malah jika butik lain mempertaruhkan aneka gaya rekaan. Butik ini pula menawarkan satu rekaan eksklusif dengan variasi warna berbeza.

Diasaskan oleh Azizi dan Zhafarina, penubuhan Textilisbaby selepas mendapat cahaya mata pertama pada 2012 dengan hanya bermula menjual kain pasang secara sambilan dan secara suka-suka, mereka menghasilkan pakaian untuk kegunaan anak sendiri menggunakan kain lebihan atau perca dan mendapat banyak respons positif.

Akhirnya pada 2013, mereka memulakan perniagaan pakaian kanak-kanak secara serius dengan koleksi pertama Textilisbaby untuk kasual dan baju raya sehingga hari ini.

“Kami mementingkan penggunaan material fabrik yang digunakan, rekaan praktikal dengan sentuhan corak menarik dan paling penting keselesaan baju yang sesuai dipakai si comel sepanjang hari.

“Kebanyakan rekaan dipengaruhi pereka luar negara dan menjadikan ia sumber inspirasi untuk rekaan kami sendiri yang sesuai dengan budaya Malaysia.

“Butik kami terkenal dengan pengeluaran baju pelbagai warna untuk satu rekaan. Oleh itu, untuk koleksi lebaran 2017 Textilisbaby hanya mengeluarkan satu rekaan eksklusif dengan 10 pilihan warna yang menjadi gaya tahun ini,” katanya.

Menariknya, koleksi Textilisbaby menggunakan 100 peratus kapas yang dibuat prarawatan dari jenis ‘seer’ dan ‘soft twill’ yang sesuai dan selamat digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah kulit dan material selesa untuk kanak-kanak kuat berpeluh.

Menurut Azizi, bagi koleksi lebaran, pratempahan sudah dibuat sejak awal Mac dan tahun ini penerimaan terhadap produk ditawarkan amat menggalakkan dengan hampir 1,200 tempahan di Facebook dan Instagram.

Selain pelanggan tempatan, butik itu juga turut menerima permintaan daripada pelanggan luar negara seperti Singapura, Brunei dan Indonesia.

Koleksi lebaran Textilisbaby dijual pada harga antara RM99 hingga RM199 manakala koleksi kasual boleh didapati dengan harga antara RM49 ke RM99.

Selain melalui Facebook dan Instagram Textilisbaby, koleksi itu juga boleh didapati sepanjang Ramadan di Centre Court NU Sentral Shopping Centre, Kuala Lumpur.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mei 2017 @ 10:56 AM