30 masih terperangkap di bawah bangunan runtuh di Dongri, Mumbai. FOTO: Reuters
30 masih terperangkap di bawah bangunan runtuh di Dongri, Mumbai. FOTO: Reuters
Agensi

MUMBAI: Sekurang-kurangnya empat maut, manakala lebih 30 orang dilaporkan masih terperangkap dalam bangunan empat tingkat yang runtuh di Dongri, Mumbai, hari ini.

Runtuhan itu insiden kedua di Mumbai dalam tempoh kurang 10 hari.

Jurucakap bomba berkata, pasukan penyelamat berdepan kesukaran memasuki lokasi kejadian kerana laluan di kawasan berkenaan sempit.

“Kami kurang pasti beberapa ramai mangsa terperangkap, namun penduduk menganggarkan lebih 30 orang mungkin terperangkap dalam bangunan itu,” katanya kepada Reuters.

Menurut India Today, lima orang termasuk tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.

BBC melaporkan, bangunan berusia 100 tahun itu dipercayai runtuh disebabkan banjir susulan hujan lebat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Julai 2019 @ 4:57 PM