LOKASI kejadian. FOTO  Mohd Ruzaini Zulkepli
LOKASI kejadian. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli
Mohd Ruzaini Zulkepli

Kota Kinabalu: Penyelia penyelengaraan meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 14 pangsapuri di Kampung Nounton, Inanam, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian 2.30 petang itu, mangsa, Wong Vee Au, 35, meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala dan badan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, kejadian itu disedari oleh sekumpulan pekerja kontrak di lokasi terbabit yang difahamkan terdengar jeritan mangsa.

"Mangsa ditemui di tingkat tiga bangunan berkenaan dalam keadaan berlumuran darah dan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang dikejarkan ke lokasi itu.

"Berdasarkan maklumat awal, mangsa yang bertugas sebagai penyelia penyelenggaran itu dikatakan berada di tingkat 14 bangunan terbabit untuk melakukan kerja menyelenggara sebelum dilaporkan terjatuh," katanya, di sini, hari ini.

Tambah George, kes itu diklasifikasikan sebagai kejadian mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah dilaporkan berlaku.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 April 2017 @ 3:34 PM