Lokasi mayat mangsa ditemui. FOTO Mohd Adam Arinin
Lokasi mayat mangsa ditemui. FOTO Mohd Adam Arinin
Junaidi Ladjana


Kota Kinabalu: Seorang wanita yang hamil lima bulan maut dipercayai terjatuh ketika menyidai pakaian di ruang jemuran di tingkat empat apartmen di Taman Sri Kepayan, di sini, hari ini.

Mayat mangsa berusia 24 tahun itu ditemui jirannya 4.30 petang sebelum memaklumkan kepada polis.

Difahamkan, mangsa tinggal bersama anak lelakinya berusia dua tahun manakala suami dan neneknya keluar bekerja.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan George Abdul Rakman berkata, siasatan mendapati ketika kejadian mangsa sedang menyidai pakaian sebelum terjatuh.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 April 2017 @ 9:18 PM