MAJLIS pelancaran produk pek redWiRA baru-baru ini.
MAJLIS pelancaran produk pek redWiRA baru-baru ini.

Kuala Lumpur: Penaja setia pasukan Kelantan, RedONE Network Sdn Bhd (redONE) bakal melancarkan produk baru - Pek redWIRA - sebagai tanda sokongan tidak berbelah bagi untuk skuad The Red Warriors (TRW).

Pek redWIRA itu dijual pada harga RM130 dengan mengandungi satu pek starter prabayar redONE, RM10 kredit tambah nilai automatik setiap bulan selama setahun selain jersi TRW.

Ketua Pegawai Jualan redONE Ben Teh berkata, sejumlah RM20 daripada setiap jualan pek berkenaan akan didermakan ke tabung pasukan itu untuk kegunaan menguruskan pasukan.

“RM20 daripada setiap jualan Pek redWIRA akan didermakan kepada KAFA (Persatuan Bolasepak Kelantan) sebagai sebahagian daripada usaha membantu Kelantan terus berada dalam kancah Liga Super,” katanya.

Produk terbaru redONE itu sudah mula dijual di semua redONE Premier Shop (PS) dan redONE Premier Neighbourhood Centre (PNC) di Kelantan mulai awal bulan ini.

Bagi peminat TRW yang berada di luar Kelantan, mereka boleh mendapatkan Pek redWIRA di semua redONE PS dan redONE PNC yang sudah dipasarkan minggu lalu.

Sementara itu, Naib Presiden KAFA Nasir Hamzah menyambut baik usaha rakan penajanya itu sambil berharap jualan Pek redWIRA itu mendapat sambutan hangat.

“Kami menyeru semua peminat TRW datang membeli Pek redWIRA ini supaya dapat membantu mengukuhkan penyertaan Kelantan pada perlawanan akan datang,” kata Nasir.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 April 2017 @ 6:37 AM