Anggota bomba memadamkan kebakaran rumah pekerja di Sekolah Tinggi Kota Kinabalu. - Foto MOHD ADAM ARININ
Anggota bomba memadamkan kebakaran rumah pekerja di Sekolah Tinggi Kota Kinabalu. - Foto MOHD ADAM ARININ
Norasikin Daineh


Kota Kinabalu: Tiga keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas sebuah rumah pekerja di Sekolah Tinggi Kota Kinabalu yang mereka diami musnah dalam kebakaran, hari ini.

Dalam kejadian 8.50 pagi itu, rumah pekerja tiga pintu yang didiami enam orang itu musnah sepenuhnya.

Operasi Balai Bomba Daerah Kota Kinabalu Jamaludin Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan pada 8.59 pagi dan 18 anggota bersama dua jentera dikejar ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kerja pemadaman segera dilakukan dan api berjaya dikawal selepas lima minit.

“Tiada mangsa cedera atau maut dalam kebakaran itu,” katanya yang ditemui di lokasi kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2017 @ 10:47 AM