KEBAKARAN di Kampung Pasir Putih, Tawau memusnahkan empat rumah.
KEBAKARAN di Kampung Pasir Putih, Tawau memusnahkan empat rumah.
KEBAKARAN di Kampung Pasir Putih, Tawau memusnahkan empat rumah.
KEBAKARAN di Kampung Pasir Putih, Tawau memusnahkan empat rumah.
Oleh Norasikin Daineh


Tawau: Empat keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang mereka diami musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir Putih, di sini, kira-kira 8 pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Tawau Rudy Fredzeka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.15 pagi.

“Seramai 25 anggota bomba bersama dua jentera dan dibantu pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dikejar ke lokasi kejadian.

“Kebakaran memusnahkan empat rumah jenis papan dan operasi memadamkan api segera dilakukan bagi mengawal kebakaran," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Menurut Rudy, api berjaya dikawal kira-kira 20 minit kemudian dan tekanan air yang dalam keadaan baik memudahkan operasi memadamkan kebakaran.

“Bagaimanapun, operasi kini masih dilakukan dan belum ditamatkan lagi.

“Punca kebakaran dan nilai kerugian yang dialami mangsa belum dapat dikenal pasti kerana masih dalam siasatan bomba," katanya

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 November 2014 @ 1:42 PM