Pengenalan Canon EOS 77D menjadikannya kamera hampir sama dengan model premium, dilengkapi beberapa teknologi pengimejan terbaik dalam kelasnya yang meningkatkan keseronokan merakam foto.

EOS 77D direka menarik minat penggemar fotografi yang ingin menajamkan kemahiran dan transisi kepada kamera DSLR lebih berkuasa dua dial kawalan iaitu dial utama pada bahagian atas kamera dan Quick Control Dial di panel belakang.

Dengan dua pilihan terbabit, pengguna boleh mengubah tetapan kamera dengan pantas misalnya kelajuan shutter dan apertur tanpa perlu mengalihkan pandangan daripada viewfinder.

SPESIFIKASI:

CANON EOS 77D

Harga: RM3,799 (body saja), RM4,399 (lensa EF-S18-55 IS STM), RM5,599 (lensa EF-S18-135 IS USM)

Sensor imej: Digic 7

AF Points: 45

ISO: 100-25600

Kelajuan shutter: 1/4000sec

Rakaman video: MP4. HD, HD penuh

LCD: 3.0 inci

Storan: Kad SD

Berat: 493g

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 April 2017 @ 3:04 AM