Afiq Hanif


Dua model baru Canon memberi kemudahan kepada pengguna apabila ia dilengkapi sistem Dual Pixel CMOS AF (DAF) yang memastikan subjek sentiasa berada dalam fokus dengan menjejaki objek bergerak secara berterusan.

Teknologi Dual Pixel CMOS AF terbabit didapati pada model Canon EOS 800D dan EOS M6.

Selain itu, buat pertama kali, Canon menempatkan pemprosesan berkuasa tinggi pada kamera peringkat pertengahan dengan DIGIC 7 bersesuaian sensor APS-C CMOS 24.2 megapiksel yang sensitif untuk menawarkan kejelasan gambar.

Canon EOS 800D disasarkan kepada mereka yang pertama kali menggunakan kamera, dilengkapi mode Guided memberi tip merakam gambar, bersama grafik dan penerangan terperinci.

Jurugambar yang baru berjinak-jinak dengan fotografi boleh membiasakan diri dengan DSLR pertama mereka dan lebih memahami mod merakam gambar yang berbeza.

Menjadi tarikan utama dalam siri baru Canon, EOS M6 mempunyai kombinasi Dual Pixel CMOS AF, APS-C 24.2MP dan DIGIC 7 yang berupaya meningkatkan kejelasan imej secara signifikan dengan memberi penekanan terhadap rakaman pantas.

Menariknya, ia disasarkan kepada individu yang gemar merakam video (format HD penuh) namun mahukan kamera kompak.

Apabila merakam video, EOS M6 menggabungkan lensa IS dan penstabil imej digital binaan dalam secara efektif untuk mengurangkan gegaran serta pergerakan dengan ketara.

Kedua-dua model ini mempunyai sambungan WiFi yang membolehkannya dipadankan dengan aplikasi khas telefon pintar bagi tujuan pemindahan foto.

INFO

CANON EOS 800D

• Harga: RM3,299 (badan saja), RM3,899 (dengan lensa EF S18-55 IS STM), RM4,999 (dengan lensa EF S18-135 IS STM)

• Sensor: 24.2MP APS-C CMOS

• Pemprosesan: DIGIC 7

• ISO: 100-25600

• Sistem AF: Dual Pixel CMOS AF + 45pt

• Kelajuan shutter: 1/4000s

• LCD: 3.0 inci

• Video: 1920 x 1080 @60p/30p/24p

• Bateri: 600 rakaman

• Sambungan: WiFi, NFC

CANON EOS M6

• Harga: RM3,409 (badan saja), RM3,949 (dengan lensa EF-M15-45mm f/3.5-6.3 IS STM), RM5,259 (dengan lensa EF-M18-150mm f/3.5-6.3 IS STM)

• Resolusi: 24.2MP

• Saiz sensor: APS-C (22.3 x 14.9mm)

• Pemprosesan: DIGIC 7

• ISO: 100-25600

• Sistem AF: Dual Pixel CMOS AF, Tracking AF, Smooth Zone AF, 1-Point AF

• Kelajuan shutter: 1/4000s

• LCD: 3.0 inci

• Video: HD Penuh

• Sambungan: WiFi, NFC, bluetooth

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 April 2017 @ 11:31 AM
CANON EOS M6
CANON EOS M6
CANON EOS 800D
CANON EOS 800D