RUTIN harian Ruhainies lebih banyak di lokasi penggambaran dan di rumah.
RUTIN harian Ruhainies lebih banyak di lokasi penggambaran dan di rumah.

Pengakuan pelakon Azrel Ismail yang merancang berkahwin dengan seorang pelakon pada tahun depan menimbulkan teka-teki dalam kalangan banyak pihak.

Sejak itu bertebaran cakap-cakap mengatakan pelakon wanita yang dimaksudkan adalah Ruhainies. Apatah lagi sebelum ini mereka pernah digosipkan bercinta.

Bagaimanapun, Ruhainies, 25, menafikan wanita dimaksudkan Azrel itu adalah dirinya.

Ruhainies yang juga pelakon drama Jejak Karmila mengakui dia lebih selesa berkawan dengan lelaki itu dan tidak pernah menganggap hubungan baik mereka lebih daripada seorang kawan.

“Memang ramai yang bertanya mengenai perkara ini, tapi ingin dijelaskan Azrel hanya kawan baik saya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 April 2017 @ 2:14 AM