TUNKU ISMAIL Sultan Ibrahim. FOTO Malai Rosmah Tuah
TUNKU ISMAIL Sultan Ibrahim. FOTO Malai Rosmah Tuah
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Tunku Ismail Sultan Ibrahim mula merasai bahang menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baru diterajuinya selama 24 hari apabila bersedia melepaskan jawatannya jika ada yang tidak gembira dengan kehadirannya.

Kesediaan untuk meninggalkan organisasi itu hadir selepas Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) hilang sabar susulan dakwaan segelintir peminat beliau selaku Presiden FAM banyak mempengaruhi keputusan aksi membabitkan skuad Johor Darul Ta’zim (Johor DT).

“Jikalau penyokong masih rasa kurang senang dengan saya sebagai Presiden FAM, anda boleh menyeru ahli gabungan masing-masing untuk mengadakan majlis Kongres dan melantik presiden baru.

“Ia bukan satu masalah yang besar. Saya menjadi presiden untuk membantu pasukan kebangsaan, meningkatkan mutu liga tempatan, memastikan bola tidak digunakan untuk agenda politik dan memusnahkan korupsi dalam bola sepak.

“Tapi jika penyokong bola sepak tanah air berasakan saya bukan individu yang sesuai sebagai presiden, anda boleh cari presiden baru, tiada masalah,” katanya menerusi akaun rasmi Facebook FAM, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 April 2017 @ 7:10 AM