PASUKAN penyelamat daripada Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Rembau serta polis berbincang mengenai operasi menyelamat.
PASUKAN penyelamat daripada Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Rembau serta polis berbincang mengenai operasi menyelamat.
Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Rembau: Lima penuntut kolej swasta di Melaka dikhuatiri sesat di Hutan Lipur Gunung Datuk, di sini, selepas mendaki gunung berkenaan, pagi tadi.

Difahamkan, empat pelajar perempuan dan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an itu mendaftar untuk mendaki gunung berkenaan pada 9.20 pagi.

Bagaimanapun, mereka dipercayai tersasar daripada trek lalu menghubungi pihak Jabatan Perhutanan meminta bantuan sebelum pihak terbabit melaporkan kepada polis.

Jurucakap polis berkata, pihaknya dengan kerjasama anggota Balai Bomba dan Penyelamat Rembau serta Jabatan Perhutanan memulakan operasi mencari dan menyelamat kira-kira 5 petang tadi.

Menurutnya, usaha mencari dan menyelamat semua mangsa sedang dijalankan berdasarkan maklumat sistem penentu kedudukan (GPS) diberi mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 January 2015 @ 8:29 PM