Suspek yang ditahan di Terminal Bas Bintulu pagi semalam. - Foto Ihsan PDRM
Suspek yang ditahan di Terminal Bas Bintulu pagi semalam. - Foto Ihsan PDRM
Mohd Rizal Abdullah


Bintulu: Seorang kakitangan sebuah syarikat keselamatan yang dipercayai terbabit dalam kes kehilangan wang tunai setengah juta ringgit dari bilik kebal syarikat berkenaan, ditahan polis di Terminal Bas Bintulu di sini, awal pagi semalam.

Lelaki berusia 30-an itu dicekup sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu, pada 2.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Zailani Amit berkata, suspek kemudian dibawa ke IPD Bintulu untuk tindakan lanjut.

Sebelum ini, wakil syarikat keselamatan berkenaan membuat laporan polis apabila mendapati wang tunai milik beberapa bank, hilang dari bilik kebal pada 20 Mac lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 April 2017 @ 11:38 AM