RANGKA manusia yang ditemui. FOTO ihsan Polis
RANGKA manusia yang ditemui. FOTO ihsan Polis
Mohd Rizal Abdullah


Bintulu: Rangka manusia dipercayai tertanam sejak setahun lalu ditemui di hutan berdekatan kawasan pembinaaan jalan di Jalan Sebiew, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, rangka milik individu yang belum dikenal pasti ditemui oleh pekerja pembinaan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Zailani Amit berkata, sepasukan anggota polis dikerahkan ke lokasi bagi mengumpul tulang dan tengkorak itu.

"Rangka itu kemudiannya dihantar ke Hospital Bintulu untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Katanya, setakat ini polis masih belum dapat mengesahkan sama ada terdapat unsur jenayah ataupun kematian mengejut berhubung penemuan rangka berkenaan.

"Selepas menerima laporan dokor baru dapat ditentukan sama ada terdapat unsur jenayah ataupun tidak," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Februari 2016 @ 6:15 PM