MOHD Sukri memakaikan topi polis kepada Muhammad Nur Fa’iz di Unit Pediatrik HKL.
MOHD Sukri memakaikan topi polis kepada Muhammad Nur Fa’iz di Unit Pediatrik HKL.
Kalidevi Mogan Kumarappa


Kuala Lumpur: Impian bertemu watak kartun terkenal Ejen Ali tercapai bagi seorang kanak-kanak pesakit sindrom Down yang turut menderita penyakit leukemia.

Kanak-kanak itu, Muhammad Nur Fa’iz, 5, yang meminati kartun animasi Ejen Ali dan kerja kepolisan tidak menyangka akan bertemu dengan lelaki berpakaian seragam polis menyerupai hero animasi itu.

Lebih mengejutkan, lelaki berpakaian seragam polis itu adalah Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman yang mengadakan lawatan ke Wad Kanser (KK3) Unit Pediatrik Hospital Kuala Lumpur sempena Hari Polis ke 210, semalam.

Kanak-kanak yang sudah dibenarkan keluar wad selepas menjalani empat sesi kemoterapi sanggup menunggu ketibaan Mohd Sukri dan isterinya, Nor Azlinda Ramlee merangkap Pengerusi Perkep Dang Wangi berikutan minat yang mendalam dalam kartun animasi itu.

Sebaik menerima buah tangan tajaan Daisheng Sdn Bhd, Haniffa dan Mydin itu, Muhammad teruja untuk bersalam dengan Mohd Sukri selain memberi tabik hormat kepada pegawai polis itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 April 2017 @ 6:47 AM