CANON EOS 80D
CANON EOS 80D
CANON PowerShot G7 X Mark II
CANON PowerShot G7 X Mark II
Afiq Hanif


Terdapat dua kamera Canon yang memberi kepuasan kepada pengguna terutama bagi mereka yang mahu ‘bermain’ kreatif dengan imej atau video.

Canon EOS 80D mempunyai ciri DSLR menarik yang mencipta imej dan video nampak seakan-akan anda menontonnya secara langsung apabila visual dipertontonkan semula.

Ditambah pula, EOS 80D menerima kemas kini ciri kamera DSLR seperti fokus automatik, ISO dan teknologi sensor yang mengagumkan bukan saja pada imej tetapi video.

Ia beroperasi pada sistem 45-point AF, pemprosesan imej Digic 6, sensor 24.2 megapiksel jenis CMOS dan kelajuan ISO sehingga 25,600.

Manakala bagi PowerShot G7 X Mark II pula, ia berupaya menghasilkan imej berkualiti tinggi meskipun badannya kompak.

Berdasarkan pemprosesan baru, Digic 7, ia mampu mengesan subjek lebih pantas dan tepat yang menghasilkan imej akhir pada kualiti tinggi.

Bukaan apertur seluas f/1.8-f/2.8 bersama lensa zum sehingga 4.2x dan sensor CMOS 20.1 megapiksel jenis 1.0 inci menjadikan imej belakang lebih cantik pada mod kabur.

INFO

CANON EOS 80D

- Harga: RM4,899

- Dimensi: 139 x 105.2 x 78.5mm

- Berat: 650g

- Sensor imej: 24.2MP APS-C CMOS

- Pemprosesan imej: Digic 6

- ISO: 100-16000

- Kelajuan rakaman berterusan: 7fps

- Kualiti video: HD penuh 60p

- AF: 45

- Sambungan: WiFi, NFC

- Skrin: 3 inci

CANON POWERSHOT G7 X MARK II

- Harga: Tidak diperoleh

- Dimensi: 105.5 x 60.9 x 42mm

- Berat: 319g

- Lensa: 4.2x zum optikal IS

- Jarak fokal: 24-100mm

- Apertur: f/1.8-f/2.8

- Sensor imej: 20.1MP 1-inci CMOS

- Pemprosesan imej: Digic 7

- Kualiti video: HD penuh 59.94fps

- Sambungan: WiFi, NFC

- Skrin: 3 inci

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mei 2016 @ 11:37 AM