Ekhwan Haque Fazlul Haque


Petra Jaya: Enam penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah Kuching, di sini, pagi tadi atas kesalahan menerima rasuah sejak April tahun lalu hingga Januari ini.

Tertuduh, Khairul Nizam Omar, 41, Agnes JamesDaim, 42, Gracy Bohan, 35, Benjamin Morsit, 33, Emily Ngayan Beliang, 36, dan Norhaliza Hussein, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Mereka dituduh menerima rasuah daripada beberapa individu antara RM100 hingga RM1,000 menerusi transaksi akaun bank sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan imigresen yang dilakukan warga asing.

Hakim Nixon Kennedy Kumbong menetapkan jaminan antara RM5,000 hingga RM8,000 setiap tertuduh dengan seorang penjamin yang beralamat di Kuching.

Mahkamah juga menetapkan 28 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Asri Mansor, Cathrine Nais dan Ikhwan Mohd Ibrahim.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 April 2017 @ 12:20 PM
Enam penguat kuasa JIM yang dituduh atas kesalahan menerima rasuah di Mahkamah Khas Rasuah Kuching. FOTO Che Rani Che Din
Enam penguat kuasa JIM yang dituduh atas kesalahan menerima rasuah di Mahkamah Khas Rasuah Kuching. FOTO Che Rani Che Din