PENGUMPUL duit lama, Muhammad Luqman.
PENGUMPUL duit lama, Muhammad Luqman.
MUHAMMAD Luqman menunjukkan koleksi duit lama kepunyaannya.
MUHAMMAD Luqman menunjukkan koleksi duit lama kepunyaannya.
ANTARA koleksi syiling kepunyaan Muhammad Luqman.
ANTARA koleksi syiling kepunyaan Muhammad Luqman.
ANTARA koleksi duit lama kepunyaan Muhammad Luqman.
ANTARA koleksi duit lama kepunyaan Muhammad Luqman.
ANTARA koleksi duit lama kepunyaan Muhammad Luqman.
ANTARA koleksi duit lama kepunyaan Muhammad Luqman.
Redzuan Muharam


Lain orang lain minatnya begitu juga dengan Muhammad Luqman Zainal Abidin, 23, yang obses mengumpul mata wang negara sejak tujuh tahun lalu.

Muhammad Luqman berkata, minat itu timbul selepas dia menonton laporan mengenai koleksi duit lama dalam rancangan dokumentari, Majalah 3.

Walaupun masih bersekolah ketika itu, Muhammad Luqman sanggup mengumpul wang saku pemberian ibu dan ayahnya demi hobinya.

“Koleksi pertama saya adalah wang Malaya and British Borneo yang dibeli di Pasar Pudu pada harga RM30.

“Untuk membeli wang berkenaan, saya terpaksa menabung tetapi puas kerana akhirnya dapat apa yang diidamkan.

“Bermula dari situ, minat saya bertambah untuk mencari koleksi baru namun agak tidak bernasib baik apabila rumah dipecah masuk menyebabkan beberapa barangan berharga termasuk wang dikumpul itu dilarikan pencuri,” katanya yang kini menjalani latihan industri di Juru Ukur Bahan Malaysia (JUBM), Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Selepas insiden berkenaan, Muhammad Luqman agak berbelah bagi untuk meneruskan hobinya namun kembali bersemangat selepas mendapat galakan keluarga terutama ayahnya yang juga bekas pegawai bank.

Disebabkan minat, dia sanggup mengeluarkan wang simpanan di bank untuk membeli koleksi duit lama kerana yakin ia pelaburan yang baik untuk masa depan.

“Pada pandangan orang lain, duit lama mungkin tiada nilai namun tidak bagi pengumpul seperti saya.

“Bukan setakat boleh dijual semula tetapi corak dan lambang pada setiap duit itu mempunyai cerita tersendiri yang menjadikannya istimewa.

“Lagipun, duit lama berkenaan tidak dikeluarkan lagi dan ia salah satu sebab saya menjadikannya sebagai koleksi peribadi,” katanya.

Bercerita lanjut, Muhammad Luqman berkata, setakat ini dia membelanjakan kira-kira RM30,000 untuk hobinya itu dengan mengumpul koleksi duit sejak zaman pemerintahan Jepun hingga kini.

Menurut Muhammad Luqman, duit itu disimpan rapi di dalam album khas bagi memastikan ia tidak ronyok dan kekal dalam keadaan baik.

“Selain di Pasar Pudu, Jalan Chow Kit dan Amcorp Mall, saya turut membeli wang berkenaan daripada komuniti Kemaruk Duit Lama di Facebook dan acara bidaan anjuran Persatuan Numismatik dan Trigometrik Malaysia di Muzium Negara.

“Ada yang murah tidak kurang juga mahal namun saya puas apabila berjaya mengumpul koleksi diinginkan.

“Lagipun, tidak ramai generasi muda yang minat dengan hobi ini dan menjadi tanggungjawab saya untuk mengajak mereka menyertai komuniti berkenaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 April 2017 @ 3:45 PM