KEADAAN hidung Tibor sebelum dibedah.  - Agensi
KEADAAN hidung Tibor sebelum dibedah. - Agensi

Martin: Seorang lelaki akhirnya menjalani pembedahan terhadap hidungnya yang cacat selepas sekian lama diketawakan dan dilayani seperti badut.

Hidung lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Tibor itu begitu besar sehingga menutup separuh mukanya.

Keadaan itu berpunca daripada penyakit yang dihidapnya yang dikenali sebagai rhinophyma.

Ketakutannya untuk menjalani pembedahan bagi membetulkan keadaan hidungnya itu akhirnya diatasi selepas dipujuk anggota keluarga.

Dia yang bekerja sebagai tukang kunci berkata, hidup yang dijalaninya dengan keadaan hidung besar itu sebelum ini menjejaskan keyakinan dirinya.

“Apabila berjalan di luar, orang ramai melihat saya seperti mereka melihat badut,” katanya.

Tibor menjalani pembedahan di hospital di bandar Martin, utara Slovakia.

Dia bernasib baik kerana tidak menghadapi masalah sepanjang pembedahan dan hidungnya kini kelihatan jauh lebih baik.

Dr Igor Homola, pakar bedah plastik yang mengetuai pembedahan terhadap Tibor berkata, lelaki itu mungkin hilang penglihatan sekiranya dia tidak menjalani pembedahan berkenaan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 April 2017 @ 5:53 AM