Laporan Harian Metro sebelum ini.
Laporan Harian Metro sebelum ini.
Nursyahirah Marzuki


Putrajaya: Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menggerakkan usaha pencarian dua rakyat negara ini yang dilaporkan hilang sebaik tiba di Jakarta, Indonesia pada 30 Mac lalu

Dalam satu kenyataan, Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia berkata, pihaknya sudah melakukan usaha pencarian sebaik sahaja menerima aduan mengenai kehilangan Kamarol Arifin Mohamad Darus dan Mohd Shafa Ahmad.

"Kita akan membantu dalam usaha pencarian dua individu terbabit melalui segala saluran rasmi yang ada.

"Pihak kedutaan juga bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Indonesia dan Malaysia untuk mengesan kedudukan terkini mereka," katanya di sini, hari ini.

Katanya, keluarga kedua-dua individu terbabit juga sedang berhubung rapat dengan Kementerian Luar Negeri.

"Selain itu, kita juga akan terus berusaha dengan menggunakan semua saluran yang ada untuk menjejaki kedua-dua individu yang hilang," katanya.

Selasa lalu, media melaporkan dua rakyat Malaysia hilang di Jakarta, Indonesia selepas gagal dikesan sejak tiba di negara terbabit pada 30 Mac lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 April 2017 @ 1:00 PM