Anggota bomba berusaha memadam kebakaran yang memusnahkan gudang tembakau dan getah beku di Jalan Lata Bayu tengah hari tadi. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba berusaha memadam kebakaran yang memusnahkan gudang tembakau dan getah beku di Jalan Lata Bayu tengah hari tadi. FOTO ihsan bomba
Safuri Kamarudin


Baling: Gudang tembakau dan getah beku di Jalan Lata Bayu berdekatan Kampung Asam Jawa, dekat sini, musnah 95 peratus dalam kebakaran jam 12.30 tengah hari tadi.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Baling Mohd Sufian Alias berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 12.51 tengah hari dan tiba di tempat kejadian jam 1.03 tengah hari.

Katanya, pihaknya berjaya mengawal kebakaran 15 minit kemudian dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Struktur bangunan itu yang diperbuat daripada kayu menyebabkan api merebak dengan cepat namun kita berjaya mengawal kebakaran.

"Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 April 2017 @ 5:16 PM