NASI yang dikukus selama 50 minit.
NASI yang dikukus selama 50 minit.
LEBIH 130 pencuci mulut.
LEBIH 130 pencuci mulut.
GAYA masakan istimewa.
GAYA masakan istimewa.
KEPELBAGAIAN menu enak disediakan.
KEPELBAGAIAN menu enak disediakan.
HARON Khamis.
HARON Khamis.
Aniza Zainudin


Penggunaan api kecil ketika menyediakan hidangan menjadi kunci keenakan dan keunikan dalam setiap sajian disediakan Nurul Izzah Catering Sdn Bhd.

Menurut Pengarah Urusannya, Haron Khamis, yang bertanggungjawab mengolah setiap resipi, kawalan api ketika memasak adalah faktor utama, selain gabungan rempah-ratus dalam nisbah tersendiri.

“Setiap rempah-ratus yang digunakan seperti kulit kayu manis, serai, daun pandan, lengkuas dan bawang adalah bahan semula jadi. Jadi, ia memerlukan masa untuk sebati dan serasi dengan bahan mentah seperti daging mahupun ayam bagi mendapatkan rasa yang sempurna.

“Penggunaan api kecil bukan saja dapat memasak rempah-ratus dengan sempurna, bahkan menghasilkan daging bertekstur lembut tanpa menjadi hancur dan mengekalkan jus semula jadinya,” katanya.

Menyifatkan menu Daging Masak Hitam sebagai satu daripada menu popular pilihan bakal pengantin, Haron berkata, sajian ini memiliki keunikan tersendiri pada tekstur daging, aroma serta rasanya yang manis pedas.

Terlebih dulu, daging direbus tanpa air selama satu jam dengan api kecil untuk melembutkan daging itu. Kombinasi daun pandan, daun kari, serai dan rempah-ratus lain ditumis sehingga menghasilkan aroma, kemudian daging dimasukkan ke dalam tumisan bersama serbuk lada hitam, kicap manis dan kicap masin.

Langkah terakhir, sedikit minyak sapi diletakkan ke dalam hidangan untuk menerbitkan aroma lazat. Gabungan terbaik Daging Masak Hitam adalah nasi arab yang dikukus selama 50 minit menggunakan beras berkualiti Moghul.

Terbaru, Nurul Izzah Catering memperkenalkan menu Kambing Kapsul (capsule lamb) yang menggunakan sos istimewa, ‘capsule sauce’ ciptaan sendiri dihasilkan daripada halia, bawang dan cili yang tidak memuakkan.

Selain itu, Nurul Izzah Catering melancarkan bufet Ramadan dengan tawaran istimewa apabila mempersembahkan 130 jenis pencuci mulut daripada lebih 150 hidangan disediakan.

Tampilkan aneka kuih-muih tradisional Melayu, Cina dan pastri Barat, Haron melihat usaha dilakukannya sebagai memenuhi permintaan pelanggan yang menginginkan kepelbagaian pencuci mulut sepanjang Ramadan.

“Kebanyakan orang lebih suka menjamu mata dan tertarik pada variasi kuih-muih yang sukar ditemui dalam gaya persembahan yang menarik seperti hotel lima bintang. Kita sememangnya fokus pada pencuci mulut kerana kita ingin setiap pelanggan mencuba semua sajian yang dihidangkan. Malah harga juga sangat berpatutan antara RM39.90 hingga RM55.

“Kita turut menjalinkan kerjasama dengan pengusaha kuih-muih kecilan di sekitar kawasan ini, sekali gus membantu mereka menjana ekonomi pada bulan Ramadan,” katanya.

Bertempat di perkarangan pejabat Nurul Izzah Catering di Kampung Tengah, Puchong, ia mampu memuatkan 400 orang dalam satu masa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 April 2017 @ 5:03 AM