MAGGI

Apabila berjauhan dari keluarga, antara perkara paling dirindukan adalah masakan ibu. Antara sajian masakan air tangan ibu yang digemari sekeluarga ialah mi kari.

Sejak kecil, ibu tidak pernah menolak atau menghampakan permintaan anak terutama apabila kami merengek ingin menikmati masakan istimewanya itu.

Lebih mengimbau kerinduan apabila ibu lazimnya mengajak kami adik-beradik untuk turut sama ke dapur membantunya menyediakan hidangan berkenaan.

Sememangnya agak renyah dan banyak kerja perlu dilakukan seperti mengupas bawang, menyediakan rempah ratus dan rencah, memotong sayuran serta sebagainya.

Lazimnya, haruman enak aroma kari itu membuatkan kami adik beradik akan kecur air liur hingga tidak sabar ingin menikmatinya. Detik itu sekali gus mengeratkan kasih sayang antara kami sekeluarga dan sentiasa saling merindui.

Apabila terkenang mi kari ibu dan mahu menghilangkan rasa rindu air tangannya, Mi MAGGI Kari menjadi pilihan.

Ia bukan saja mudah disediakan malah gabungan cili sebenar dan 12 rempah-ratus di dalam perencahnya, diumpamakan seperti menghirup mi kari yang disediakan ibu.

Adunan rempah-ratusnya terpilih dan berkualiti tinggi yang diperolehi dari sumber terbaik dunia seperti cili dan jintan putih dari India, cengkih dari Sri Lanka & Indonesia, dan buah pelaga dari Guatemala, menghasilkan rasa authentik dan aroma kari sebenar yang sememangnya menepati selera masyarakat Malaysia.

Pembuatan perencah kari Mi MAGGI menggunakan resipi zaman berzaman dengan adunan rempah unik dihasilkan oleh pakar masak sajian MAGGI yang mewarisi kepandaian memasak daripada ibunya.

Untuk mendapatkan rasa lebih sedap, adunan cili dan rempah-ratus dimasak sehingga pecah minyak iaitu proses masakan secara perlahan bagi memastikan minyak timbul di permukaan dan terasing daripada campuran rempah-ratus.

Cara masakan seperti itu meningkatkan rasa kari sebenar dan memastikan rasa asli bahan-bahan segar terserlah seperti kari yang dimasak di rumah.

Setiap bahan itu perlu melalui saringan ujian makmal bagi memastikan hasil pembuatannya dalam kondusif alam sekitar dan berkualiti tertinggi.

Gaya hidup yang semakin sibuk dan pantas hari ini, membuatkan saya tidak mempunyai masa untuk berjam-jam memasak di dapur.

Namun, kesibukan kerja bukan halangan untuk memenuhi keinginan untuk menikmati makanan kegemaran ini. Tambah pula ia juga antara kegemaran anak-anak.

Dengan memilih Mi MAGGI kesukaan ramai, saya masih boleh menyediakan mi kari dengan aroma dan cita rasa enak dan ia boleh dihidangkan dalam masa dua minit!

Ia bagaikan satu kepuasan apabila dapat menikmati keenakan dan keaslian Mi MAGGI yang sama rasanya mi kari ibu dalam paket yang mudah serta pantas disediakan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Julai 2018 @ 7:00 AM