ANGGOTA bomba menggunakan pengangkat hidraulik untuk membawa naik mangsa. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba menggunakan pengangkat hidraulik untuk membawa naik mangsa. FOTO ihsan Bomba
Mohd Hasbi Sidek


Sungai Buloh: Pemandu lori maut selepas kenderaan yang dipandunya itu terjunam ke dalam gaung di Kilometer 451 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Sungai Buloh, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, lori berkenaan terbabas sebelum melanggar tembok di kiri lebuh raya lalu terjatuh ke dalam gaung sedalam 7 meter.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor berkata, mangsa tersepit di tempat pemandu dan maut di lokasi kejadian.

"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh yang ke lokasi turun ke gaung untuk bantuan mengeluarkan mangsa.

"Kami berjaya membawanya naik mangsa menggunakan pengangkat hidraulik. Mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut," katanya

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mac 2017 @ 11:11 AM