Mejar Marcell akan mengetuai pertunjukkan pasukan Jupiter Indonesia tengah hari ini. - Foto SHAHRIZAL MD NOOR, DANIAL SAAD, SHAHRIL BADRI
Mejar Marcell akan mengetuai pertunjukkan pasukan Jupiter Indonesia tengah hari ini. - Foto SHAHRIZAL MD NOOR, DANIAL SAAD, SHAHRIL BADRI
Muhaamad Hafis NawawiFardy Bungga dan Sofyan Rizal Ishak dan Hamzah Osman


Langkawi: Pasukan aerobatik Jupiter One Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Udara (TNI-AU) bersedia membuat persembahan aerobatik pada 1 tengah hari, hari ini, sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2017 (LIMA '17).

Mejar Marcell berkata, ini kali kedua beliau menyertainya selepas LIMA '13 dan penganjuran kali ini lebih meriah sehingga mampu menarik lebih banyak negara menyertainya.

Menurutnya, tujuh pesawat pasukannya menyertai LIMA '17 kali ini dan akan membuat persembahan dengan beberapa formasi pada 1 tengah hari ini.

"Hanya enam pesawat diterbangkan hari ini untuk membuat pertunjukan dan saya ingin membanggakan negara Indonesia melalui persembahan itu," katanya ketika ditemui di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini, tadi.

Ditanya mengenai insiden pesawat Jupiter terhempas dua tahun lalu, katanya ia tidak menghalang untuk mereka tampil sekali lagi pada LIMA '17 dan tiga juruterbang kali ini adalah dari pasukan sama yang terbabit dalam nahas itu.

"Bagaimanapun juruterbang yang terbabit secara langsung dalam kejadian itu tidak menyertai pertunjukan kali ini kerana sudah dipindahkan ke pasukan lain," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mac 2017 @ 12:02 PM