Sebahagian murid yang keracunan makanan. FOTO Essa Abu Yamin
Sebahagian murid yang keracunan makanan. FOTO Essa Abu Yamin
Mohamad Fahd Rahmat


Batu Pahat: Sebelas murid Sekolah Agama Seri Berkat Semerah Darat, di sini disahkan keracunan makanan selepas memakan makanan ringan yang dijual di kantin sekolah berkenaan 11 pagi Selasa lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan, Datuk Ayub Rahmat berkata, mangsa yang berusia antara tujuh hingga sembilan tahun itu muntah dan pening setengah jam selepas mengambil makanan ringan berbentuk puding yang diletakkan di dalam tiub berbentuk ubat gigi.

“Semua murid dirawat sebagai pesakit luar di klinik kesihatan berdekatan manakala siasatan awal mendapati tiada lagi murid yang membeli atau mengalami gejala yang sama dan makanan terbabit sudah disita.

“Sampel makanan ringan itu dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Johor Bahru dan Jabatan Kimia Johor Bahru,”€ katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata,taklimat kesihatan untuk mencegah dan mengawal kes itu berlaku lagi sudah dilakukan kepada semua termasuk murid sekolah berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Mac 2017 @ 11:25 PM