FAIL Rafi Mamat
FAIL Rafi Mamat
Meor Riduwan Meor Ahmad

Kuala Lumpur: Statistik kajian terbaru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati 75 peratus murid seluruh negara menghidap penyakit gigi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata masalah itu serius dan perlu diberi perhatian oleh semua termasuk ibu bapa bagi mencegah penyakit gigi di peringkat awal.

Menurutnya, banyak faktor menyumbang penyakit gigi termasuk diet dan pemakanan selain amalan memberus gigi yang tidak teratur dan pemeriksaan gigi.

"Langkah pencegahan penyakit gigi dari awal amat penting bagi mengelak penyakit gigi menjadi lebih teruk kerana kos rawatan mahal," katanya ketika berucap merasmikan Pameran Perdagangan dan Kongres Antarabangsa ICD Asia Pasifik 2016, di sini, hari ini.

Dr Subramaniam berkata, sehingga Disember lalu terdapat 6,400 doktor gigi di hospital kerajaan dan swasta di negara ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Mac 2016 @ 1:39 PM