DE BRUYNE (kanan) optimis City mara lebih jauh dalam saingan Liga Juara-Juara.
DE BRUYNE (kanan) optimis City mara lebih jauh dalam saingan Liga Juara-Juara.
AFP

Paris: Bintang Manchester City Kevin De Bruyne menyasarkan untuk pergi lebih jauh dalam misi Liga Juara-Juara biarpun skuad Pep Guardiola perlu terlebih dulu berdepan aksi kedua, pusingan 16 terakhir menentang Monaco yang lebih mencabar minggu ini.

City bangkit daripada ketinggalan dua kali untuk mengatasi pendahulu liga Perancis itu pada perlawanan pertama di Manchester tetapi ancaman penyerang Monaco masih mampu memusnahkan harapan kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Di bawah kendalian Manuel Pellegrini musim lalu, City mara ke separuh akhir buat kali pertama, tewas kepada juara musim itu Real Madrid 0-1 secara agregat dan De Bruyne yakin mereka mampu pergi jauh bersama Guardiola.

“Saya fikir kami mampu mara ke final tapi sudah tentu pasukan lain akan berfikir perkara sama dan ia tidak akan menjadi lebih mudah,” tegas pemain Belgium itu.

“Perlawanan pastinya sukar ketika menentang Monaco, mereka pasukan yang baik ketika ini tapi kami amat positif dan jika kami menewaskan mereka, kami akan ke suku akhir.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Mac 2017 @ 5:24 AM