MEDIA tempatan dan asing menunggu di luar Kedutaan bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung pengusiran Duta Korea Utara ke Malaysia. FOTO Mohd Hanafis Abd Haris
MEDIA tempatan dan asing menunggu di luar Kedutaan bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung pengusiran Duta Korea Utara ke Malaysia. FOTO Mohd Hanafis Abd Haris
Mohd Hanafis Abd Haris dan Hasbi Sidek


Kuala Lumpur: Tiada sebarang reaksi daripada wakil atau jurucakap Kedutaan Korea Utara sehingga kira-kira 2 petang tadi susulan arahan pengusiran terhadap duta negara itu ke Malaysia yang berkuat kuasa 6 petang semalam.

Tinjauan Harian Metro di kedutaan negara itu di Bukit Damansara mendapati hanya kereta konsulat Korea Utara keluar masuk ke kedutaan berkenaan.

Difahamkan kali terakhir Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol dilihat di kedutaan berkenaan adalah kira-kira 10 malam Jumaat lalu.

Kang Chol diberi tempoh 48 jam untuk meninggalkan negara ini selepas diisytiharkan sebagai 'Persona Non Grata’ dan tempoh itu kini sudah memasuki kira-kira 20 jam.

Dalam pada itu, kediaman kedutaan masih menjadi 'perkampungan' media tempatan dan asing bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung pengusiran berkenaan.

Kerajaan Malaysia mengisytiharkan Kang Chol sebagai Persona Non Grata atau orang yang tidak dihargai selepas gagal menghadirkan diri ke Wisma Putra, 6 petang semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mac 2017 @ 2:31 PM