PENYAKIT misteri yang dihidapi Samran menyebabkan kulit mukanya seperti mencair. - Agensi
PENYAKIT misteri yang dihidapi Samran menyebabkan kulit mukanya seperti mencair. - Agensi
Agensi

Bangkok: Seorang wanita menghidap sejenis penyakit ganjil yang menyebabkan sebahagian wajahnya ‘cair’ dan keseluruhan tubuhnya ditumbuhi bintik kecil.

Samran Janda, 49, menderita penyakit yang jarang ditemui itu sejak berusia lima tahun tetapi keluarganya tiada wang untuk merawatnya.

Bapa Samran meninggal dunia ketika dia masih kecil dan wanita itu kini tinggal bersama ibu dan kakaknya di sebuah kampung di wilayah Uttaradit, utara Thailand.

Keluarga itu hanya mampu membawa Samran ke klinik dan penyakit yang dialami wanita itu menyebabkan doktor bingung.

Penyakit itu kini semakin tidak terkawal sehingga menyebabkan sebahagian kulit muka Samran jatuh seperti cair.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mac 2017 @ 5:22 AM