FOTO ihsan polis
FOTO ihsan polis
Mohamad Fahd Rahmat


Batu Pahat: Tiada kes penemuan bayi di Rengit, seperti ditularkan dalam media sosial sebaliknya polis menjumpai tabung derma yang dipercayai milik sebuah pertubuhan kebajikan anak yatim di sini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, polis turut menjumpai sehelai baju pengawal keselamatan yang sudah terbakar berhampiran tabung berkenaan.

Katanya, menasihati orang ramai supaya tidakmempercayai perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu dan akan mengambil tindakan tegas dengan menyiasat dalang penyebaran berita palsu itu.

"Khamis lalu pada 11.50 pagi Balai Polis Rengitmenerima maklumat dari orang awam yang memberitahu ada satu tabung derma di dalam parit serta sehelai baju pengawal keselamatan yang sudah terbakar di atas benteng parit depan kedai makan panggilan 'Mat King'Jalan Besar Rengit.

"Setelah mendapat maklumat dua anggota polis diarah ke tempat kejadian dan mendapati betul,tabung derma itu bertulis 'Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Batu Pahat', bertindak membawa tabung derma dan baju terbabit ke Balai Polis Rengit.

"Hari ini polis mendapati ada beberapa kumpulan WhatApps ada menghantar gambar yang mendakwa ada menjumpai bayi di tempat terbabit namun siasatan tidak menjumpai bayi dimaksudkan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Februari 2017 @ 8:47 PM