WAJAH model Ashley Donoghue dilukis anak perempuannya, Aavie berusia tiga tahun.
WAJAH model Ashley Donoghue dilukis anak perempuannya, Aavie berusia tiga tahun.
ELLY Heise memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk mengecat muka ibu mereka.
ELLY Heise memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk mengecat muka ibu mereka.
KANAK-KANAK semuda ini begitu teruja untuk melukis dan mewarna ibu mereka.
KANAK-KANAK semuda ini begitu teruja untuk melukis dan mewarna ibu mereka.
TIDAK hanya muka, lukisan dan mainan warna turut dibuat pada tangan dan jari.
TIDAK hanya muka, lukisan dan mainan warna turut dibuat pada tangan dan jari.
Susunan Siti Salmiah A Hamid

Dengan simbahan warna menonjol, kotor dan bercontengan, imej yang huru-hara ini mempunyai kualiti menakutkan tetapi agak melucukan.

Projek terbabit yang diselenggara artis, Elly Heise, membolehkan kanak-kanak bebas melukis dan mengecat wajah ibu mereka.

Cuba untuk menyembunyikan kecacatan daripada dilihat, kanak-kanak terbabit bukan saja menggunakan muka, malah melukis tangan dan lengan yang dianggap kanvas dengan menggunakan warna terang dan berani.

Gambar fotografi jelas menunjukkan hasil yang tidak kemas. Wanita yang bertindak sebagai model merenung terus ke dalam kanta, sekali gus mewujudkan imej aneh menawan.

Ia turut menyerlahkan definisi mengenai kecantikan yang berubah selari usia tua mereka.

"Saya mahu mengadakan siri fotografi yang memaparkan perspektif baru terhadap kecantikan wajah si ibu selepas anak-anak mereka melakukan solekan ke atas mereka.

"Kanak-kanak perempuan dipilih daripada kalangan usia yang lebih muda dan datang ke studio bersama ibu mereka. Mereka diberikan kebebasan untuk 'mencantikkan' wajah ibu masing-masing.

"Sepanjang sesi itu, mereka gembira dengan unsur kerja yang huru-hara itu.

"Ia mula membuatkan saya mempersoalkan definisi kecantikan. Justeru, projek ini memberi peluang kepada sesiapa pun yang merasakan keperluan untuk mewujudkan identiti berdasarkan idea mereka sendiri.

"Saya mahu perkara ini memberi kesan kepada orang yang berasa tertekan untuk menonjolkan diri terutama dalam kalangan wanita muda mengenai konsep kecantikan.

"Saya juga berharap projek ini menarik orang berminat dalam liputan sosial dan mempengaruhi ketegasan kami mengenai cantik atau hodoh.

"Rujukan bertajuk #Daughterdoesmymakeup berkait dengan 'hash tag' budaya, sekali gus mengkritik potret ideal yang banyak dalam talian global," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 January 2015 @ 5:03 AM