TENGKU Razaleigh menyampaikan ucapan pada majlis sembang santai jentera PDM Bukit Mahkota. FOTO Mohd Yusni Ariffin
TENGKU Razaleigh menyampaikan ucapan pada majlis sembang santai jentera PDM Bukit Mahkota. FOTO Mohd Yusni Ariffin
Hairulazim Mahmud dan Rizanizam Abdul Hamid


PENGERUSI Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah semalam secara terbuka melahirkan rasa syukur terhadap kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau turut berharap Perdana Menteri diberikan kesihatan yang baik untuk terus mentadbir negara.

“Syukur alhamdulillah dapat dia (Dr Mahathir) jadi Perdana Menteri kali kedua dan banyak orang berdoa ini (kepadanya).

“Ini bukan saya nak sindir. Orang berdoa supaya dia sihat sekarang kerana kalau berlaku apa-apa kepada Dr Mahathir di saat ini, huru-hara negara,” katanya.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata demikian ketika berucap pada program Sembang Santai Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Mahkota di Pangsapuri Seri Dahlia 2, Hulu Langat, malam tadi.

Turut hadir Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa dan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki.

Mengulas lanjut, Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, rakyat seharusnya berfikir apa yang akan berlaku kepada negara sekiranya Dr Mahathir terpaksa berundur daripada mentadbir negara dalam suasana ketidaktentuan politik yang yang berlaku ketika ini.

“Sekiranya berlaku huru-hara di bidang politik kerana pemimpin tak sihat atau pemimpin tak ada dan tak dapat memberi pimpinan yang kuat dan berkesan fikirlah apa akan jadi kepada negara kita, ” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Pilihanraya Kecil Semenyih
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Februari 2019 @ 10:21 AM