JENAZAH mangsa terakhir mangsa kemalangan basikal dirempuh kereta, Muhammad Shahrul Nizam Maruddin dituntut keluarga selepas dibedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru. FOTO Hairul Anuar Rahim
JENAZAH mangsa terakhir mangsa kemalangan basikal dirempuh kereta, Muhammad Shahrul Nizam Maruddin dituntut keluarga selepas dibedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru. FOTO Hairul Anuar Rahim
Ernalisa Othman


Johor Bahru: Semua lapan jenazah remaja berbasikal dirempuh kereta di Jalan Lingkaran Dalam di sini, awal pagi tadi sudah dituntut waris masing masing.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata dua orang mangsa dilaporkan kritikal kini berada di ICU iaitu Mohamed Shamizal IqmalAbdullah, 16 dan Muhd Nazri Mahmudi, 13, sedang dirawat dan dipantau oleh pakar Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Mohd Azhar Amir, 16, Muhammad Firdaus Danish Mohd Azahar, 16, Haizad Kasrin, 16, Muhammad Shahrul Nizam Maruddin, 14, Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14, Muhamad ShahrulIzzuwan Azzuraimee, 14, Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 13, Fauzan Halmijah 13.

Mangsa lain yang sedang menerima rawatan ialah Muhd Zulfadhli Yusri, 19, Muhd Fitri Muhd Fatoni, 17, Mohd Farham Che Mat, 16, Muhammad Abdul Samad, 16, Muhd Arif Salman 15dan Arasshat Abdullah, 14.

Dalam kemalangan 3.30 pagi itu, lapan remaja maut, lapan cedera, termasuk dua kritikal selepas dirempuh kereta dipandu wanita berusia 22 tahun di Jalan Lingkaran Dalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Februari 2017 @ 7:50 PM