Ibrahim Isa & Omar Ahmad


Johor Bahru: Lapan penunggang basikal yang maut dirempuh kereta dalam kemalangan maut di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Kampung Mahmoodiah di sini, pagi semalam, selamat dikebumikan di lima tanah perkuburan Islam, semalam.

Paling menyedihkan apabila jenazah Haizad Kasrin, 16, yang tiba di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tengkorak, Permas Jaya, pada jam 5.30 petang dikebumikan bersebelahan rakannya karibnya yang juga rakan sekolah, Mohamad Azhar Amir, 16, yang dikebumikan jam 3 petang semalam.

ROHIDAH Mohd menyiram air mawar ke kubur anaknya Muhammad Firdauz Danish di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajudin
ROHIDAH Mohd menyiram air mawar ke kubur anaknya Muhammad Firdauz Danish di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajudin

Selain itu, jenazah Mohammad Azrie Danish Zulkefli, 14 dikebumikan berhampiran pusara Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimee, 14, di Tanah Perkuburan Bukit Aliff, Tampoi, di sini, selepas Zuhur.

Jenazah Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14 dan Muhammad Firdauz Danish M Azahar, 16, pula dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, di sini, selepas solat Asar.

MOHD Azhar Abdul Karim mencium kali terakhir jenazah anaknya Muhammad Firdauz Danish sebelum di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajudin
MOHD Azhar Abdul Karim mencium kali terakhir jenazah anaknya Muhammad Firdauz Danish sebelum di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajudin

Manakala jenazah Fauzan Halmijah, 13 tahun, dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram.

Mangsa terakhir, Muhammad Shahrul Nizam Maruddin, 14, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau, Taman Istimewa, di sini, selepas solat Asar.

Semua lapan mayat dituntut keluarga di Unit Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) bermula jam 1.20 tengah hari sebelum dibawa menaiki van jenazah ke tanah perkuburan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Februari 2017 @ 12:43 AM
MOHD Azhar Abdul Karim bersama isterinya Rohidah Mohd menyiram air mawar ke kubur anaknya Muhammad Firdauz Danish di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajudin
MOHD Azhar Abdul Karim bersama isterinya Rohidah Mohd menyiram air mawar ke kubur anaknya Muhammad Firdauz Danish di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajudin
JENAZAH mangsa kemalangan, Muhammad Firdauz Danish di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajudin
JENAZAH mangsa kemalangan, Muhammad Firdauz Danish di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajudin