Jailani (kiri) menyampaikan cek sumbangan kepada Idris sambil diperhatikan Zambri. FOTO Nursyahirah Marzuki
Jailani (kiri) menyampaikan cek sumbangan kepada Idris sambil diperhatikan Zambri. FOTO Nursyahirah Marzuki
Nursyahirah Marzuki


Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyalurkan bantuan sebanyak RM1 juta kepada Tabung Pendidikan Pelajar Malaysia bagi membantu menampung tunggakan yuran dihadapi pelajar persendirian bidang perubatan dan pergigian di Mesir.

Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Jailani Ngah kepada Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Tabung berkenaan adalah usaha dijalankan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Idris berkata, GPMS sebelum ini sudah menyalurkan sebanyak RM418,000 kepada 10 penuntut Malaysia yang berhadapan dengan tunggakan yuran pengajian.

"Usaha ini diteruskan lagi dengan memberi bantuan sebanyak RM425,000 kepada 16 penuntut yang mengalami nasib yang sama.

"Bagaimanapun, bantuan ini akan diberikan kepada mereka yang memerlukan dan layak saja," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Tabung Pendidikan Pelajar Malaysia Fasa ke 2 di Taman Ekuestarian, di sini, hari ini.

Hadir sama Presiden GPMS Zambri Mohd Isa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Februari 2017 @ 3:25 PM