FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
Mohd Hilmie Hussin


Jasin: Penuntut tahun dua Kolej Vokasional di sini, kini menerima rawatan patah tulang kaki, tangan, bahu dan pinggul selepas terjatuh dari tingkat tiga asrama kira-kira jam 10 malam semalam.

Difahamkan, mangsa Afnan Syahmi Mustaheren, 17, penuntut jurusan Pengurusan Perniagaan jatuh dari bangunan ketika memanjat balkoni bilik sewaktu membantu rakannya membuka pintu bilik 3D7 yang berkunci luar.

Sumber berkata, mangsa memanjat balkoni dari dorm 3D8 dan terjatuh ketika cuba menyeberangi balkoni dorm itu ke dorm 3D7.

Pengarah Pendidikan Negeri Abu Bakar Sahari berkata, mangsa masih berada di wad kecemasan Hospital Melaka, namun dalam keadaan stabil.

"Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam dan sebaik mangsa jatuh bangunan, warden segera dimaklumkan sebelum memanggil ambulans dan mangsa dihantar ke Hospital Melaka.

"Saya difahamkan yang mangsa kini sudah boleh bercakap," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Februari 2017 @ 4:24 PM