ANGGOTA polis Kanada bercakap dengan wanita selepas kejadian tembak di masjid di Quebec City. FOTO AFP
ANGGOTA polis Kanada bercakap dengan wanita selepas kejadian tembak di masjid di Quebec City. FOTO AFP
AFP

Quebec City: Polis Quebec mengesahkan hanya seorang daripada dua lelaki yang ditahan selepas kejadian tembak di masjid di sini adalah suspek dengan seorang lagi dianggap sebagai saksi.

Polis dan beberapa saksi lain pada mulanya memberitahu dua lelaki bertopeng melepaskan tembakan di dalam masjid petang Ahad mengakibatkan enam terkorban dan lapan cedera.

Bagaimanapun, tidak jelas jika mereka masih mempercayai bahawa dua penyerang terbabit dalam kejadian itu.

Inspektor polis Quebec, Denis Turcottte berkata, seorang lelaki ditahan berhampiran masjid terbabit manakala seorang lagi menyerah diri kepada polis dan mengaku mengambil bahagian dalam kejadian itu.

Berita berkaitan:

Tembak di masjid

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 January 2017 @ 2:15 AM