FOTO Agensi.
FOTO Agensi.
AFP

QUEBEC CITY: Seorang lelaki berusia 29 tahun dipenjara seumur hidup kerana menembak mati enam jemaah di sebuah masjid di bandar raya Quebec, semalam.

Alexandre Bissonnette hanya boleh memohon parol dalam masa 40 tahun.

Ketika membacakan keputusannya, Hakim Francois Huot turut menyentuh mengenai kebencian mendalam tertuduh terhadap pendatang Islam.

“Kamu membunuh enam rakan senegara, yang jenayahnya berbeza daripada diri kamu.

“Disebabkan perasaan benci dan sikap perkauman, kamu musnahkan hidup mereka, diri kamu dan ibu bapa kamu, dan jenayah yang kamu lakukan dikutuk sekeras-kerasnya,” kata Huot.

Ketika keputusan setebal 246 muka surat itu dibacakan sepanjang tempoh enam jam, Bissonnette hanya mendiamkan diri di dalam mahkamah yang sesak dengan orang ramai.

Dalam kejadian pada 29 Januari 2017, Bissonnette menyerbu masuk ke dalam masjid di Pusat Kebudayaan Islam Quebec di kejiranan Sainte-Foy, Quebec City, sebelum menembak secara rambang ke arah 40 lelaki dan empat kanak-kanak, menyebabkan enam lelaki terbunuh, manakala lima lagi cedera parah. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Februari 2019 @ 3:31 PM